Slovakia Country: Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa Besar

Jumat, 14 Juli 2000

Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa Besar




Budaya SHARE dan COPY PASTE sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menanggung dosa yang amat besar. Sebelum kalian menuduh aku membawa ajaran sesat dan berlagak ulama besar menjatuhkan hukum, alangkah baiknya anda buang sifat malas dalam diri untuk membaca entry ini sehingga habis.







1. Undang-undang hak cipta



Mengikut undang-undang hak cipta, adalah menjadi satu kesalahan apabila seseorang itu mengambil artikel atau penulisan orang lain dan tidak meletakkan nama penulis asal. Dengan kata lain, copy paste atau plagiat. Malah lebih teruk jika ada yang terus mengaku itu tulisannya. Itu dikira mencuri hasil karya orang lain. Sama seperti cetak rompak. Mencuri hukumnya berdosa.





2. Adab berkongsi artikel



Jika kita ingin berkongsi sesuatu artikel yang dirasakan menarik dan bermanfaat, ada syaratnya. Di bawah artikel tersebut, kita perlu meletak nama penulis sebenar dan kreditkan ke link asal. Begitu juga jika artikel itu jadikan sebagai rujukan. Jika anda ambil sebahagian daripadanya, hendaklah diletakkan sumber rujukannya.





3. Tujuan kredit ke sumber asal



Supaya pembaca dapat membuat rujukan semula kepada penulis asal samada ingin mengesahkan kesahihan berita tersebut ataupun meminta penjelasan jika ada kekeliruan terhadap satu dua perkara dalam artikel itu. Jika penjelasan diminta daripada kaki plagiat, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerangkannya dengan baik dan jelas kerana mereka hanya copy paste idea orang lain. Selain itu, copy paste tanpa credit boleh menyebabkan fitnah!





4. Copy paste tanpa credit boleh menyebabkan penulis asal difitnah



Aku akui, di awal aku ber'blogging' dulu, aku juga ada mengamalkan budaya copy paste kerana aku suka berkongsi. Ilmu aku tentang selok-belok dunia blogging masih cetek ketika itu. Hingga menyebabkan seseorang itu difitnah mencuri penulisan aku. Padahal aku yang plagiat artikel dia. Ini semua gara-gara aku copy paste artikel yang aku perolehi daripada facebook ke blog aku. Aku tidak memberi kredit kepada sumber asal kerana aku tidak tahu siapa penulisnya. Ianya berpunca daripada pengguna facebook yang suka copy-paste artikel dari blog lain ke dalam note mereka tanpa credit ke sumber asal. Nampak? Selepas peristiwa tu, aku tidak lagi copy-paste membuta tuli.





5. Aku juga pernah difitnah



Artikel 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat adalah penulisan aku. Aku juga tidak menyangka yang artikel tu akan tersebar dengan meluas di alam maya. Tapi sayangnya ia tersebar dengan cara copy paste tanpa credit ke blog aku. Pada mulanya, aku tidak kisah kerana kononnya aku tidak mahu berkira dengan ilmu Allah. Tapi, lain pula jadinya. Aku dituduh mencuri hasil karya orang lain dan mengaku hasil karya sendiri. Aku dituduh mencuri hasil karya seorang Ustaz di facebook. Walhal, itu tulisan aku. Tetapi, aku redha. Mungkin itu balasan atas kesilapan aku sebelum ni.





6. Penyebaran Info Palsu



Sebelum ini heboh dengan penyebaran info-info yang diragui kesahihannya. Antaranya, artikel 'dalam milo ada cacing', 'sardin ada katak', 'perbezaan ikan keli halal dan haram', dan lain-lain lagi artikel yang terbukti adalah bohong belaka. Artikel palsu yang tengah hangat sekarang ini pula ialah 'Pepsi dan Coca-cola ada HIV'. Selain itu, artikel-artikel yang mengandungi hadis palsu juga pernah tersebar seperti 'hadis tentang pengharaman tembakau rokok' yang terbukti adalah hadis dhaif. Info dari internet bukan semuanya boleh dipercayai.









Pengajaran



Orang kita memang suka share info-info pelik tanpa diselidiki terlebih dahulu dari mana datangnya sumber asal berita tersebut samada benar atau cuma khabar angin. Jadi, sebelum ghairah untuk mohon share, selidiklah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penyebaran fitnah dan berita palsu yang kita sendiri tidak mahu ia berlaku. Sepertimana yang anda semua tahu, dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh.





Nampak? Terbukti perbuatan share dan copy-paste tanpa credit sememangnya boleh menyebabkan dosa besar. Apatah lagi jika share benda lucah.





Memang benar hak cipta terpelihara hanya milik Allah swt. Tidak salah jika kita hendak berkongsi ilmu Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Memang ada yang tidak kisah kerana dia ikhlas menyebarkan ilmu. Tetapi, Islam juga tidak mengajar kita mencuri. Sebaiknya, maklumkan daripada mana sumber asal ilmu tersebut. Bagi menghargai susah payah seseorang itu memerah otak berfikir serta masanya yang terbuang ketika menghasilkan penulisan tersebut. Jangan kita hanya senang-lenang plagiat. Letak credit bukan kena bayar pun.









SZ : Sekarang ni, aku rasa lebih puas bila aku dapat berkarya di blog dengan gaya penulisan aku sendiri.





sumber : http://www.szlihin.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar